Pemain Kuching FA positif Covid-19

Barisan pemain Kuching FA giat berlatih sebagai persediaan menghadapi Liga-M bulan depan. - Foto FB KUCHING FA
Barisan pemain Kuching FA giat berlatih sebagai persediaan menghadapi Liga-M bulan depan. - Foto FB KUCHING FA
A
A
A

PERSIAPAN rancak Kuching FA bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) tersentak apabila salah seorang pemain kelab Liga Premier itu disahkan positif Covid-19.

Menurut Setiausaha Kuching FA, Iswandi Ali Hassan yang mengesahkan perkara itu, buat masa ini semua aktiviti dan sesi latihan kelab diberhentikan sementara bagi mengikuti panduan dan arahan pihak berkuasa demi keselamatan pemain dan anggota masyarakat.

"Pemain yang disahkan positif Covid-19 itu bertugas di Hospital Sentosa dan diklasifikasikan daripada kluster Hospital Sentosa.

"Apapun Kuching FA sentiasa memberikan keutamaan kepada pematuhan tahap tinggi terhadap setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam aktiviti latihan harian kami bagi memutuskan rantaian Covid-19.

"Sama-sama kita doakan agar semua pemain dan staf kejurulatihan Kuching FA dijauhkan dari pandemik Covid-19 dan semoga pemain tersebut cepat sembuh," katanya ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.

Situasi terbaharu yang berlaku di kem Kuching FA itu sekali gus mencetuskan persoalan tentang penganjuran Liga-M yang dijadualkan berlangsung kembali mulai 26 Ogos depan.

Artikel Berkaitan: