Sila log masuk terlebih dahulu.

Operasi Pejabat Pilihan Raya Sarawak ditutup, petugas positif Covid-19

Kesemua kakitangan PPN Sarawak yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan telah diarah menjalani saringan Covid-19 serta kuarantin kendiri wajib selama 14 hari. - Foto 123RF
Kesemua kakitangan PPN Sarawak yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan telah diarah menjalani saringan Covid-19 serta kuarantin kendiri wajib selama 14 hari. - Foto 123RF
A
A
A

KUCHING - Operasi Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Sarawak ditutup sementara bermula Isnin lepas sehingga 2 Ogos ini selepas seorang daripada kakitangannya didapati positif koronavirus (Covid-19), kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmarudin Ishak hari ini.

Selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan pandemik Covid-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, kesemua kakitangan PPN Sarawak yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan telah diarah menjalani saringan Covid-19 serta kuarantin kendiri wajib selama 14 hari.

“Susulan daripada itu, operasi pejabat PPN Sarawak ditutup sehingga selesai tempoh kuarantin berkenaan memandangkan tiada kakitangan yang bertugas di pejabat itu sepanjang tempoh kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pada masa yang sama, pembersihan dan nyahkuman di ruang dan kawasan sekitar pejabat telah dilaksanakan sebagai langkah pencegahan penularan wabak berkenaan.

Beliau menambah urusan-urusan pilihan raya seperti pendaftaran dan semakan pengundi serta yang berkaitan masih boleh dilakukan melalui portal rasmi SPR di www.spr.gov.my, https://pengundi.spr.gov.my, aplikasi MySPRDaftar dan MySPRSemak, Hotline SPR di 03-88927018 atau SMS ke 15888 (taip SPR SEMAKNO. KAD PENGENALAN) - Bernama

Artikel Berkaitan: