X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja perempuan tembak mati dua pejuang Taliban

Foto Gul memegang senjata jjuga menjadi tular sejak beberapa hari lalu.
A
A

KABUL - Seorang remaja perempuan di Afghanistan menembak mati dua pejuang kumpulan Taliban serta mencederakan beberapa lagi selepas ibu bapanya diheret dari rumah mereka dan dibunuh kerana menyokong pemerintah.

Menurut ketua polis tempatan, Habiburahman Malekzada, kejadian itu berlaku pada minggu lalu apabila pemberontak memecah masuk rumah Qamar Gul di wilayah tengah Gor untuk mencari bapanya yang merupakan seorang ketua kampung.

"Isteri lelaki itu melawan dan pasangan terbabit dibunuh di luar rumah mereka. Gul yang berada di dalam rumah mengambil senjata api AK-47 milik keluarganya dan melepaskan tembakan," katanya.

Beberapa anggota kumpulan itu kemudiannya datang menyerang rumah Gul tetapi diusir penduduk kampung dan miltia pro pemerintah selepas berlakunya tembak menembak.

Menurut pegawai berbeza, Gul berusia antara 14 dan 16 tahun.

Sementara itu, jurucakap gabenor wilayah berkenaan, Mohamed Aref Aber berkata, pasukan keselamatan telah membawa Gul dan adiknya ke tempat selamat.

Difahamkan, sejak kejadian itu, rangkaian media sosial dibanjiri dengan pujian di atas tindakan berani remaja tersebut.

Foto Gul memegang senjata juga menjadi tular sejak beberapa hari lalu. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!