Covid-19: Lagi kluster baharu dikesan

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Sentosa membabitkan penularan dalam negara di sebuah hospital di Kuching, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam individu telah disahkan positif dalam kluster tersebut.

"Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-8773) merupakan seorang petugas kesihatan yang telah mengalami gejala saluran pernafasan pada 13 dan dikesan positif Covid-19 enam hari kemudian," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, susulan itu siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif telah dijalankan.

"Sehingga kini 61 orang telah disaring," katanya.

Beliau berkata, kes positif tersebut juga terdiri daripada seorang pekerja pembersihan.

"Kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, buat sementara waktu Hospital Umum Sarawak tidak menerima pesakit dan pesakit luar akan dirujuk ke hospital berdekatan.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun perkhidmatan hospital berkenaan masih diteruskan," katanya.

Menurutnya, langkah pembendungan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar sedang dijalankan.

"Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan," katanya.