Arab Saudi umum ibadat haji bermula 29 Julai ini

Gambar fail menunjukkan sejumlah kecil umat Islam bersolat di depan Kaabah, Arab Saudi pada 23 Jun 2020. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan sejumlah kecil umat Islam bersolat di depan Kaabah, Arab Saudi pada 23 Jun 2020. - Foto AFP
A
A
A

RIYADH - Ibadat haji tahun ini yang bilangan umat Islam mengerjakannya dikurangkan kepada hanya kira-kira 1,000 orang ketika Arab Saudi berusaha menangani pandemik koronavirus (Covid-19) akan bermula pada 29 Julai ini, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Pada kebiasaannya, kira-kira 2.5 juta umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadat haji yang mengambil masa beberapa hari dan tertumpu di kota Makkah.

Namun musim haji tahun ini berada dalam kawalan protokol kebersihan ketat dengan akses terhad kepada jemaah yang berumur 65 tahun dan tanpa sebarang penyakit.

"Perhimpunan di Padang Arafah iaitu kemuncak ibadat haji jatuh pada Khamis," kata Saudi Press Agency (SPA) yang memetik Mahkamah Tertinggi negara itu.

Pada bulan lalu, Arab Saudi mengumumkan ia akan melaksanakan ibadat haji melibatkan jumlah umat Islam yang amat terhad berikutan pandemik Covid-19.

Negara beraja itu telah menyaksikan 253,349 kes Covid-19 termasuk 2,523 kematian iaitu yang tertinggi dalam kalangan negara-negara di rantau Teluk.

Walaupun beberapa pegawai haji berkata bilangan jemaah akan dihadkan kepada 1,000 orang, 70 peratus daripada mereka ialah warga asing dan bakinya rakyat Arab Saudi, beberapa akhbar melaporkan kemungkinan 10,000 umat islam akan mengambil bahagian. - AFP

Artikel Berkaitan: