Serap doktor berstatus kontrak kepada tetap

Dr Mohd Hatta Md Ramli
Dr Mohd Hatta Md Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mencari kaedah untuk menyerap doktor berstatus kontrak kepada tetap bagi menghargai pengorbanan mereka yang bekerja keras membantu negara memerangi wabak koronavirus (Covid-19).

Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (PH-Lumut) berkata, kesungguhan sebagai petugas barisan hadapan ketika berdepan pandemik itu jelas memperlihatkan kewibawaan mereka walaupun masih berstatus kontrak.

Menurutnya, lantikan secara tetap secara tidak langsung akan menjamin peluang mereka dalam bidang kepakaran pada masa hadapan.

"Mereka tidak ada peluang dalam sistem kontrak untuk menjalani latihan kepakaran secara khusus.

"Mungkin langkah ini langkah sementara (lantikan kontrak) namun sumbangan mereka ketika Covid-19, adalah baik kerajaan membantu menyediakan pekerjaan tetap," katanya ketika sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Hatta berkata, walaupun lantikan kontrak tersebut bersifat sementara, namun langkah itu hanya mengekang mereka untuk menjalani latihan kepakaran.

"Hargai mereka, sekurang-kurangnya memberi sedikit kelegaan kepada mereka," katanya.

Artikel Berkaitan: