Wanita tersepit kereta langgar pembahagi jalan

Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita tersepit di tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta yang hampir terbalik di Jalan Bakri, Batu 5, Muar hari ini.
Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita tersepit di tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta yang hampir terbalik di Jalan Bakri, Batu 5, Muar hari ini.
A
A
A

MUAR - Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir 20 minit akibat tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta yang dipandu melanggar pembahagi jalan di Jalan Bakri, Batu 5, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.42 pagi itu, mangsa, Tan Yet Yi, 29, yang memandu kereta Toyota Vios dipercayai terbabas mengakibatkan kenderaan itu hampir terbalik dan remuk.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan 2, Ramli Said berkata, mangsa mengalami kecederaan dan terperangkap dalam kereta.

"Anggota bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan operasi tamat pada jam 2.07 pagi.

"Mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: