Wanita maut kereta terbabas masuk longkang

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Karak berhampiran Kampung Sungai Chinchin, pada Selasa.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Karak berhampiran Kampung Sungai Chinchin, pada Selasa.
A
A
A

GOMBAK - Seorang wanita maut selepas kereta dipandu terbabas ke dalam longkang di Lebuhraya Karak berhampiran Kampung Sungai Chinchin, di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.37 pagi.

"Setibanya di lokasi, kita mendapati kereta Toyota Vios dipandu seorang wanita berusia 29 tahun terbabas ke dalam longkang," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.