Presiden FBF meninggal dunia akibat Covid-19

Cesar Salinas yang merupakan Presiden Persekutuan Bola Sepak Bolivia meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 pada Ahad lalu. - Foto AFP
Cesar Salinas yang merupakan Presiden Persekutuan Bola Sepak Bolivia meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 pada Ahad lalu. - Foto AFP
A
A
A

LA PAZ - Presiden Persekutuan Bola Sepak Bolivia (FBF), Cesar Salinas meninggal dunia pada Ahad selepas dimasukkan ke hospital akibat pandemik koronavirus (Covid-19), kata beberapa pegawai.

Pihak FBF mengesahkan kematiannya dalam satu kenyataan yang mengetengahkan dedikasi dan komitmennya kepada bola sepak antarabangsa.

Salinas, 58, mempengerusikan FBF sejak tahun 2018.

Dia merupakan seorang pengarah The Strongest di La Paz iaitu kelab bola sepak yang berusia satu abad di Bolivia.

Isterinya, ketua kelab yang sama turut disahkan positif Covid-19.

"Takziah kepada keluarga dan rakan Cesar Salinas, Presiden Persekutuan Bola Sepak Bolivia," kata Presiden sementara Bolivia, Jeanine Anez menerusi Twitter.

Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol) berkata: "Conmebol dan keluarga bola sepak Amerika Selatan sedih dengan peninggalannya."

Mempunyai 11 juta penduduk, Bolivia telah merekodkan 58,136 kes dan 2,106 kematian. - AFP

Artikel Berkaitan: