Polis akan panggil syarikat pengeluar kasut

Mior Faridalathrash Wahid
Mior Faridalathrash Wahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil beberapa individu dari sebuah syarikat pengeluar kasut bagi membantu siasatan berhubung isu logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluaran syarikat berkenaan.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

"Mereka akan dipanggil dalam masa terdekat. Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia1998," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Semalam, pengeluar kasut jenama Beethree telah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu berkenaan.

BeeThree Footwear dalam satu kenyataan turut memaklumkan pihaknya telah mengarahkan pemberhentian pengeluaran produk tersebut serta-merta.

Artikel Berkaitan: