Buli pelajar: Polis rekod keterangan tujuh individu

Hanya kerana perselisihan faham dengan pelajar Tingkatan Lima, seorang remaja berusia 15 tahun dibelasah sekumpulan pelajar senior dalam kejadian di Taman Melawati di sini pada Isnin lalu. (Gambar kecil:Mohamad Farouk)
Hanya kerana perselisihan faham dengan pelajar Tingkatan Lima, seorang remaja berusia 15 tahun dibelasah sekumpulan pelajar senior dalam kejadian di Taman Melawati di sini pada Isnin lalu. (Gambar kecil:Mohamad Farouk)
A
A
A

AMPANG - Polis telah merekod keterangan tujuh individu berkaitan kes buli melibatkan seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Taman Melawati, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tujuh individu itu terdiri daripada tiga suspek dan empat saksi.

"Siasatan kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan.

"Orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan mangsa yang berusia 15 tahun dibelasah kerana perselisihan faham dengan pelajar Tingkatan Lima dalam kejadian pada Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi mangsa ditumbuk di bahagian dada selain dicekik dan ditendang oleh seorang pelajar Tingkatan Lima.

Kemudian, kira-kira jam 3 petang, mangsa telah diajak oleh lima pelajar terbabit (suspek) ke Bukit Mar Mar Kemensah sebelum dipukul dengan disaksikan sekitar 10 hingga 15 pelajar.

Mangsa telah mengalami kecederaan di dahi, luka di kening kiri, rahang selain bengkak di tengkuk.

ARTIKEL BERKAITAN:Akibat selisih faham, pelajar dibelasah senior