Banjir kilat: Penduduk Kampung Jambu, Taman Muhibbah dipindahkan

Skuad Pantas MPKj bersama pihak bomba melakukan kerja menyelamat mangsa banjir menggunakan bot. - Foto Facebook MPKj
Skuad Pantas MPKj bersama pihak bomba melakukan kerja menyelamat mangsa banjir menggunakan bot. - Foto Facebook MPKj
A
A
A

KAJANG - Penduduk di Kampung Jambu dan Taman Muhibbah yang terjejas teruk akibat banjir kilat malam tadi dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Taman Mesra dan Dewan Orang Ramai Kampung Baru Sungai Chua.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menerusi satu kenyataan memaklumkan keadaan sudah terkawal dan ada juga mangsa menumpang di rumah saudara-mara terdekat.

Kenyataan itu turut memberitahu, MPKj menerima aduan berkaitan banjir itu pada jam 7.30 malam termasuk Sungai Chua, Sungai Sekamat, Kampung Sungai Jernih dan Taman Jelita Jalan Reko.

"Skuad Pantas MPKj melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Unit Road Gang Jabatan Kejuruteraan MPKj di lokasi Taman Sri Jambu dan Taman Muhibbah semalam menggunakan empat unit bot," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan hujan lebat berterusan sejak jam 6 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Kajang dan Hulu Langat dinaiki air.

ARTIKEL BERKAITAN: Kajang, Hulu Langat dilanda banjir kilat

Turut mengalami banjir kilat semalam beberapa kawasan di Hulu Selangor, Gombak dan Sepang.

Artikel Berkaitan: