Kajang, Hulu Langat dilanda banjir kilat

Beberapa kawasan di Kajang,Balakong dna Hulu Langat dinaiki air malam tadi. Foto: Ihsan FB Wong Siew Ki
Beberapa kawasan di Kajang,Balakong dna Hulu Langat dinaiki air malam tadi. Foto: Ihsan FB Wong Siew Ki
A
A
A

KAJANG - Hujan lebat berterusan sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang dan Hulu Langat dinaiki air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki berkata, beliau menerima maklumat beberapa kawasan di daerah itu turut dinaiki air pada jam 7.30 malam.

Menurutnya, pihaknya bekerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan ketua komuniti untuk mengetahui keadaan semasa.

"Kami juga menghubungi Pejabat Daerah Hulu Langat dan juga Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika berlakunya kecemasan.

"Sehingga pukul 8.30 malam, kebanyakan tempat banjir sudah mulai surut. Walau bagaimanapun, kita harus sentiasa berjaga-jaga," katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebooknya.

Beliau dalam pada itu memaklumkan, antara lokasi terjejas dengan insiden banjir kilat malam tadi termasuk Taman Indah, Sungai Chua, Jalan Mendaling, Kajang, Jalan Reko, Taman Sri Indah, Taman Sri Reko, Taman Pasir Emas, Desa Bunga Raya, Taman Kajang Baru dan Sri Kajang.

Siew Ki (kiri) ketika melawat lokasi banjir kilat malam tadi. Foto: Ihsan FB Wong Siew Ki
Siew Ki (kiri) ketika melawat lokasi banjir kilat malam tadi. Foto: Ihsan FB Wong Siew Ki

Turut dinaiki air Taman Seri Emas, Taman Sepakat Indah dan Taman Sri Kajang di Sungai Chua serta Simpang Balak.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Smart Selangor Command Centre (SSCC) memaklumkan kejadian banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Kampung Sungai Pening, Semenyih; Kampung Bukit Dukong, Kampung Sungai Sekamat, Kampung Batu 13, Sungai Balak, Kampung Sri Jambu, Kampung Sungai Jernih, Batu 10, Cheras, Sungai Raya, Batu 9; Kampung Bangi, Taman Muhibbah, Kampung Sungai Kantan dan Kampung Batu 14.

Empat lokasi di daerah Hulu Selangor turut dinaiki air iaitu di Kampung Sentosa, Taman Seri Cahaya, Taman Seri di Batang Kali dan Lorong 4B, Taman Lembah Damai, Kerling.

Turut berlaku banjir kilat di Lorong E5, Kampung Melayu, Sri Kundang di daerah Gombak dan dua lokasi di Sepang iaituTaman Desa, Jenderam Hilir dan Jalan Salam, Sungai Merab.

Pihak itu memaklumkan tiga pusat pemindahan sudah dibuka iaitu di Dewan Sungai Sekamat, Balai Raya Batu 10 Cheras dan Balai Raya Kampung Batu 13.

"SSCC akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku dan maklumat terkini akan disampaikan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.