Muafakat Nasional Wanita Selangor perkukuh kerjasama

Rosni (tiga dari kiri) dan Hasrina (empat dari kiri) selepas pertemuan Muafakat Nasional Wanita Selangor Khamis lalu. - Foto: Ihsan FB Pas Selangor.
Rosni (tiga dari kiri) dan Hasrina (empat dari kiri) selepas pertemuan Muafakat Nasional Wanita Selangor Khamis lalu. - Foto: Ihsan FB Pas Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Muslimat Pas Selangor dan Wanita UMNO Selangor menerusi Muafakat Nasional Wanita Selangor bersiap sedia melaksanakan program bersama di peringkat negeri dan bahagian.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Selangor, Nor Zarina Mohd Azhar berkata, perbincangan mengenai perkara itu pada Khamis lalu menjadi penanda aras bahawa Muafakat Nasional Wanita Selangor sedia bergerak bersama di semua peringkat.

"Hadir sama sewaktu pertemuan berkenaan adalah Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan dan Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Rosni Sohar.

"Kehadiran ahli mesyuarat juga yang amat memberangsangkan dan perbincangan itu turut berlangsung dalam suasana normal baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Muafakat Nasional Wanita Selangor menyambut baik saranan pelaksanaan penstrukturan ahli jawatankuasa (AJK) gabungan itu dilakukan di peringkat kawasan dan bahagian.

Artikel Berkaitan: