X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM nafi Syed Saddiq ditahan

SPRM menafikan Syed Saddiq (gambar kecil) ditahan selepas dipanggil bagi membantu siasatan.
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditahan selepas dipanggil oleh suruhanjaya itu bagi membantu siasatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM tidak pernah menahan Syed Saddiq.

“Dia (Syed Saddiq) tidak ditahan oleh kami (SPRM),” katanya ringkas kepada Bernama hari ini.

Hari ini tular di media sosial mengenai spekulasi Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu ditahan oleh pihak SPRM.

ARTIKEL BERKAITAN - Syed Saddiq dipanggil SPRM lagi

Semalam, Syed Saddiq dipetik menerusi akaun media sosialnya menyatakan beliau dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN - Syed Saddiq disiasat SPRM

Sebelum ini, media tempatan melaporkan kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq di Petaling Jaya, Mac lepas. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!