Syed Saddiq dipanggil SPRM lagi

Status bergambar dimuat naik Syed Saddiq di Facebook hari ini.
Status bergambar dimuat naik Syed Saddiq di Facebook hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diminta sekali lagi untuk hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang berjumlah lebih RM200,000 dari kediamannnya di Petaling Jaya pada 29 Mac lalu.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan perkara tersebut yang menyebabkan beliau terpaksa beredar dari Parlimen lebih awal.

"Saya perlu meninggalkan Parlimen awal sikit hari ini kerana telah dipanggil ke Pejabat SPRM untuk membantu siasatan.

"Saya sedia dan sentiasa berikan kerjasama penuh dengan SPRM. Saya, ibu bapa dan seluruh ahli keluarga saya juga telah lama mengisytihar harta untuk menjamin ketelusan kami semua," tulisnya.

Menurutnya, beliau sentiasa berlaku jujur dan berani kerana benar.

"Semoga urusan saya dan SPRM hari ini dipermudahkan," katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan SPRM dipercayai meminta Syed Saddiq yang juga merupakan bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mengisytiharkan aset dan harta bagi membantu siasatan.

Selain itu, SPRM juga sudah memanggil Syed Saddiq untuk direkodkan keterangan pada fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membantu siasatan berkaitan kes kehilangan wang berjumlah lebih RM200,000 terbabit.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: RM200,000 dalam peti besi rumah bekas menteri lesap

Syed Saddiq disiasat SPRM