Vellfire terjunam dalam tebing curam

Sebuah Toyota Vellfire terjunam ke tebing curam sedalam 10 meter di Jalan Batu Laut Taman Bukit Seputih, Kuala Lumpur hari ini. - Foto: JBPM Kuala Lumpur
Sebuah Toyota Vellfire terjunam ke tebing curam sedalam 10 meter di Jalan Batu Laut Taman Bukit Seputih, Kuala Lumpur hari ini. - Foto: JBPM Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu seorang lelaki terbabas sebelum menjunam ke tebing curam sedalam 10 meter di Jalan Batu Laut Taman Bukit Seputih di sini hari ini.

Bagaimanapun lelaki yang memandu kenderaan tersebut berusia lingkungan 20-an dilaporkan selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Salmi Abd Mukti berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 10.45 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi mendapati sebuah kenderaan MPV jenis Toyota Vellfire terbabas ke tebing sedalam 10 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu berusia lingkungan 20-an dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dalam kes berlainan, empat buah motosikal terbakar dalam kejadian di parkir Taman Castlefield, Sri Petaling di sini pagi tadi.

Empat buah motosikal terbakar dalam kejadian di kawasan parkir di Taman Castlefield, Sri Petaling awal pagi tadi. - Foto: Bomba Kuala Lumpur
Empat buah motosikal terbakar dalam kejadian di kawasan parkir di Taman Castlefield, Sri Petaling awal pagi tadi. - Foto: Bomba Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan:

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mat Ruzi Ismail berkata, sepasukan anggota dari BBP Sungai Besi telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 pagi tadi.

“Api berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum bomba tiba. Anggaran kemusnahan akibat kebakaran itu kira-kira 80 peratus.

"Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.