Kes Covid-19 di India kini melebihi sejuta, 25,000 orang maut

India catat kes jangkitan sebanyak 1,003,832 manakala jumlah pesakit yang meninggal dunia mencecah 25,602 orang.
India catat kes jangkitan sebanyak 1,003,832 manakala jumlah pesakit yang meninggal dunia mencecah 25,602 orang.
A
A
A

NEW DELHI - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di India melepasi sejuta pada Jumaat manakala angka korban melebihi 25,000 orang, lapor agensi berita Xinhua memetik data kementerian kesihatan persekutuan.

Kementerian berkenaan berkata, virus itu meragut 687 lagi nyawa dan 34,956 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. Jumlah pesakit yang meninggal dunia mencecah 25,602 orang dan jumlah kes jangkitan sebanyak 1,003,832.

Ia lonjakan tertinggi jumlah kes baharu untuk tempoh sehari setakat ini.

Menurut pegawai kementerian, sehingga kini 635,757 pesakit discaj dan jumlah kes aktif sebanyak 342,473.

Negara ini sudah memasuki fasa "Unlock 2.0", namun sekatan sepenuhnya masih dikenakan di zon pembendungan. Penerbangan antarabangsa komersial keluar dan masuk, di India masih ditangguhkan sehingga 31 Julai.

Minggu lalu, kerajaan Uttar Pradesh, negara paling ramai penduduk, memutuskan untuk mengenakan sekatan pergerakan hujung minggu, bermula Jumaat malam hingga Isnin pagi.

Negara jiran Bihar, juga padat dengan penduduk, mengenakan sekatan pergerakan dari 16 hingga 31 Julai.

Memandangkan peningkatan jumlah kes baharu setiap hari, beberapa negeri lain mempertimbangkan untuk menguatkuasakan semula sekatan pergerakan. - Bernama

Artikel Berkaitan: