Daun ketum RM46,500 dalam kandang kambing

A
A
A
WANG KELIAN - Pasukan Gerakan Am (PGA) kelmarin menyerbu sebuah kandang kambing di kawasan kebun getah di Kampung Wang Kelian di sini yang dipercayai menjadi lokasi menyimpan daun ketum.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, operasi sepasukan Unit Risik dan Platun Tracker Batalion 3 PGA kira-kira jam 1.45 petang itu menemui longgokan besar plastik lut sinar putih berisi daun ketum seberat 1,550 kilogram (kg) yang dianggar bernilai RM46,500.

Katanya, turut ditemui sebuah motosikal jenis Suzuki serta sebuah alat penimbang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sementara itu dalam kes berlainan, PGA berjaya memberkas enam warga Thailand ketika operasi berasingan di dua lokasi di sekitar Wang Kelian Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan:


Katanya, pasukan itu turut merampas 595 kg daun ketum bernilai RM17,850.

"Dipercayai suspek masuk ke dalam negara ini untuk mendapatkan bekalan daun ketum. Siasatan masih dijalankan di bawah Akta Racun 1952," katanya.