Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes Wang Kelian: Empat warga Thailand didakwa seludup migran

A
A
A

BERITA SEMASA 23 JUN 2023

Empat warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar pada Jumaat atas pertuduhan menjalankan penyeludupan migran terhadap dua warga Myanmar di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar antara 2013 dan 2015.

Keempat-empat lelaki itu, Jehpa Lapi-E, 56, Somphon A-Dam, 51, Arun Kaeofainok, 30, dan Amree Nesalaeh, 58, menghadapi satu pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Thailand oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/264914/berita/semasa/kes-wang-kelian-empat-warga-thailand-didakwa-seludup-migran

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa