X

Kindly register in order to view this article
!

Terselamat jatuh perigi sedalam 30 meter

Bhukya Kishore Naik, 26, yang dipercayai mabuk semasa kejadian berlaku hanya mengalami patah tangan dan cedera ringan apabila diselamatkan oleh pasukan polis dan bomba.
A
A

AMARAVATI - Seorang lelaki terselamat selepas terjatuh ke perigi sedalam kira-kira 30 meter di India baru-baru ini.

Bhukya Kishore Naik, 26, yang dipercayai mabuk semasa kejadian berlaku hanya mengalami patah tangan dan cedera ringan apabila diselamatkan oleh pasukan polis dan bomba.

Kishore Naik ditarik keluar dari perigi berhampiran Kampung Mula Lanka, Andhra Pradesh itu menggunakan tali sebelum dikejarkan ke hospital.

Menurut polis, Inspektor Dinne Rajeswar Reddy berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3 petang (waktu tempatan) dari penduduk kampung yang melalui kawasan itu.

"Dia bernasib baik kerana perigi itu kering, dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius," katanya. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus