'Terima kasih semua...'

Ahli keluarga Yun Peng sedang menyiapkan upacara ritual keagamaan di rumah mereka di Taman Kempas, Butterworth. **(insert pix Mendiang Yun Peng di rumahnya)
A
A

BUTTERWORTH - Ahli keluarga kepada mangsa kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang, Moey Yun Peng mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus lumus dalam operasi mengangkat naik mangsa bersama keretanya semalam.

Ahli keluarga yang enggan dikenali itu juga berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang berdoa dan menyokong dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan terlibat.

“Kami ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak pasukan penyelamat, usaha anda cukup murni, dan kami amat menghargainya. Kepulangan Yun Peng amat kami nantikan dan kami amat bersyukur apabila mendiang berjaya ditemui dan dibawa naik ke atas.

“Saya ada lihat di laman sosial, semua pihak mengharapkan yang terbaik buat mendiang, setinggi ucapan penghargaan saya ucapkan,” katanya.

Kerja-kerja mengangkat naik kenderaan dijalankan petang semalam.
Kerja-kerja mengangkat naik kenderaan dijalankan petang semalam.

Terdahulu, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu itu, mangsa Moey Yun Peng, 20, yang sedang memandu kereta SUV Mazda CX-5 di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang terhumban ke laut selepas dirempuh sebuah Toyota Vios dipandu rakannya.

Mangsa ialah penuntut kolej swasta serta tinggal di Butterworth dan ketika kejadian dipercayai dalam perjalanan pulang selepas menyambut hari lahir rakan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia di sini.

Operasi membawa naik kereta SUV Mazda CX-5 yang terjunam ke laut berjaya dinaikkan sepenuh ke Jambatan Pulau Pinang pada jam 6.05 petang semalam.