X

Kindly register in order to view this article
!

Paras garis kemiskinan baharu munasabah

Dr Barjoyai Bardai
A
A

SHAH ALAM - Pakar-pakar ekonomi menyifatkan Nilai Purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional pada kadar RM2,208 sebulan sebagai munasabah dengan mengambil kira kos sara hidup di bandar dan luar bandar.

Pakar Ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai percaya lebih 20 peratus daripada isi rumah di negara ini berada di bawah paras garis kemiskinan tersebut.

Beliau berkata, kerajaan perlu melaksanakan strategi menangani situasi berkenaan kerana majoriti individu yang berpendapatan sedemikian tinggal di kawasan bandar.

“Ini disebabkan kos sara hidup tinggi dan kadar pengangguran berisiko untuk naik apabila berdepan dengan kehilangan pekerjaan.

“Kita perlu menggalakkan pekerja kembali ke luar bandar kerana ada lebih banyak peluang tetapi bagi mereka yang ingin kekal tinggal di bandar, mereka perlu meningkatkan dan mengasah semula kemahiran.

“Beri mereka latihan yang relevan mengikut keperluan kemahiran di kawasan terbabit selari kehendak Revolusi Industri 4.0,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) yang diperkenalkan kerajaan bertujuan membantu golongan yang hilang kerja selain pemberian elaun tertentu bagi tempoh tiga hingga enam bulan.

Katanya, jumlah elaun yang diterima antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan itu mencukupi sementara mereka mengikuti program peningkatan kemahiran perlu lebih bersedia untuk melakukan pekerjaan baharu.

Sementara itu, penganalisis ekonomi daripada Universiti Teknologi Mara, Dr Baayah Baba berkata, pengukuran semula kadar garis kemiskinan dilakukan supaya lebih realistik dengan situasi semasa, selain berlaku peningkatan harga barang.

Dr Baayah Baba
Dr Baayah Baba

Menurutnya, meskipun jumlah isi rumah yang berada di bawah paras PGK itu akan meningkat, namun ia sewajarnya menjadi dorongan kepada golongan tersebut untuk berusaha keluar daripada kemiskinan.

“Kerajaan juga perlu menaikkan kadar bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk kategori isi rumah sekurang-kurangnya RM1,800.

“Apabila rakyat menerima duit BSH, mereka akan berbelanja dan ia akan menjana ekonomi negara.

“Pekerja atau mereka yang terjejas juga disaran untuk lebih proaktif seperti berniaga secara kecil-kecilan atau mencari kemahiran baharu,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!