X

Kindly register in order to view this article
!

Ainul naik 'pangkat' menjadi kakak

Perkongsian gembira Ahmad Safiuddin di Facebook mengenai Ainul telah menjadi kakak selepas isterinya selamat melahirkan bayi lelaki semalam.
A
A

MELAKA TENGAH - Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang pernah tular kerana ketumbuhan dalam mulutnya, kini 'naik pangkat' sebagai kakak selepas ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.

Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 25, di akaun Facebook memberitahu, anak sulungnya itu sudah mempunyai teman sepermainan.

"Tadi 'video call' mama dia dengan adik dia, habis dicungkil hidung si adik dalam telefon. Kalau jumpa depan-depan ni macam manalah...

"Lepas ini kakak Ainul dah ada kawan bermain. Boleh 'explore' dengan adik. Boleh main dengan adik. Belajar sama sama dengan adik. Membesar sama sama dengan adik. Selama ni main seorang je di rumah, kalau pergi hospital bila Ainul nampak kawan sebaya dia, mesti Ainul tersengih-sengih seolah ingin bercakap dengan kawan tu," tulisnya.

Berkongsi perkembangan adik Ainul, Ahmad Safiuddin memberitahu, Ainul kini sudah boleh bertutur, menonggeng dan berdiri.

"Alhamdulillah dah naik pangkat budak ni. Patutlah 2, 3 hari ni banyak betul akal dia termasuk sudah pandai menonggeng. Menonggeng nak berdiri," katanya.

Beliau juga bersyukur kerana isteri dan bayinya itu berada dalam keadaan sihat.

Dalam pada itu pasangan berkenaan tidak putus-putus menerima mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi lelaki dan mendoakan kesejahteraan keluarganya.

"ALHAMDULILLAH, syukur, tumpang gembira untuk Ainul sekeluarga. Semoga rezeki melimpah ruah untuk kalian," kata Eisya Eryana.

Zuhara Eka pula berkata, "Alhamdulillah tahniah... Ainul dah jadi kakak, semoga Ainul sekeluarga kekal sihat. Amin".

Muhammad Hafiz juga turut menulis, "Alhamdulillah. Tahniah buat anda sekeluarga dikurniakan cahaya mata kedua, penyeri rumah tangga. Ainul dah jadi kakak sayang. Semoga membesar dengan sihat bersama adiknya".

Ainul Mardhiah sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya seberat 200 gram dikenali sebagai `Germ Cell Tumor' di sebuah hospital kanak-kanak di London, United Kingdom dan bertarung nyawa selama lima jam pada 10 Jun tahun lalu.

Bayi itu pernah menjalani Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di hospital terbabit sebelum pembedahan berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus