X

Kindly register in order to view this article
!

Gomes cabar The Reds kekal konsisten

Aksi Joe Gomez ketika berdepan Brighton baru-baru ini. Foto: liputan6.com
A
A

PERTAHANAN Liverpool, Joe Gomes mencabar rakan-rakan sepasukannya untuk kekal konsisten dan meneruskan kecemerlangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini ketika melayan kunjungan Burnley di Anfield, malam ini.

Menurut Gomes, kemenangan ke atas Burnley dilihat akan membuktikan skuad The Reds itu kekal konsisten dan sekali gus memuka untuk mencabar rekod 100 mata yang dicatatkan Manchester City dalam saingan EPL sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, rekod berkenaan mungkin agak sukar untuk ditandingi dan dilihat sukar tetapi dengan prestasi semasa pasukan, ia tidak mustahil untuk direalisasikan.

“Saya cuma merasakan ia (rekod 100 mata) dilihat terlalu tinggi untuk dicabar, dan ia juga sukar untuk kekal konsisten untuk mencatatkan 100 mata setiap tahun.

“Oleh itu sebagai sebuah pasukan, kami cuba untuk kekal konsisten bagi terus mendapatkan keputusan terbaik biarpun adakalanya persembahan kami tidak menentu.

“Oleh itu, saya mahu terus mengekalkan keinginan dan mencari jalan untuk sentiasa dalam kemenangan sambil mengekalkan prestasi pasukan,” katanya.

Untuk rekod, Liverpool kini gah di puncak EPL dengan mengumpul 92 mata hasil 30 kemenangan, dua seri dan tewas dua kali daripada 34 perlawanan setakat ini.

Berbaki empat perlawanan, skuad The Reds itu hanya memerlukan tiga kemenangan bagi memadamkan rekod 100 mata Manchester City yang dicatatkan pada musim 2017-2018 lalu.

Sementara itu, Gomez menyifatkan perjuangan skuad The Reds itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) masih belum selesai biarpun setelah berjaya memenangi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Menurut pemain kebangsaan England itu lagi skuad kendalian Jurgen Klopp itu mempunyai tanggungjawab berat selepas ini untuk mengekalkan trofi berkenaan selain terus kekal konsisten untuk satu tempoh yang panjang.

“Bagi saya, untuk kekal konsisten adalah untuk mengekalkan kecemerlangan selain berusaha pada permulaan musim hingga ke akhir musim.

“Bagi saya setakat ini hanya City (Manchester City) yang berjaya melakukannya beberapa kali; contohnya lima tahun lalu dengan beberapa mata yang dikongsi bersama, anda mungkin melihat (Liverpool) tidak berpeluang (muncul juara).

“Mungkin juga ia sesuatu yang biasa untuk tewas satu atau dua perlawanan dalam semusim kerana bagi saya apa yang penting kami akan terus berusaha untuk kekal konsisten,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf