Covid-19: 3 kes baharu, tiada penularan tempatan

Dr Noor Hisham -Foto Bernama
Dr Noor Hisham -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Negara ini sekali lagi merekodkan tiada kes baharu positif wabak koronavirus (Covid-19) berlaku dalam penularan tempatan hari ini.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat tiga kes baharu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan kes import.

"Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 8,677 kes.

"Jumlah kes aktif yang sedang dirawat di hospital adalah 70 kes," katanya.

Beliau berkata, dua pesakit Covid-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

"Salah seorang daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, KKM merekod lima kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah kumulatif kes pulih adalah 8,486 kes iaitu bersamaan 97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Tiada kes penularan tempatan direkodkan pada 1 Julai lalu yang mana hanya satu kes import dikesan dari pengembara pulang dari luar negara.