X

Kindly register in order to view this article
!

Setpol bekas menteri direman terima suapan jutaan ringgit

Bekas setiausaha politik direman enam hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan berhubung projek sistem keselamatan negara yang dianggarkan bernilai lebih RM56 juta.
A
A

PUTRAJAYA - Seorang bekas setiausaha politik (Setpol) kepada bekas menteri direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan bagi projek selenggaraan sistem keselamatan negara yang dianggarkan bernilai lebih RM56 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap lelaki itu bermula hari ini sehingga 13 Julai ini, selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, bekas setiausaha politik berusia 49 tahun tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 8 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

"Siasatan awal mendapati suspek dikatakan telah menerima wang rasuah bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek sistem tersebut secara rundingan terus dengan sebuah kementerian pada Ogos 2019.

Katanya, SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus