X

Kindly register in order to view this article
!

Felda Sahabat 3 muncul juara AKKF

Muhyiddin (enam dari kanan) menyampaikan hadiah tempat pertama Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2020 kepada Ketua Peneroka Felda Sahabat 3, Midon Bahoi (empat dari kiri) pada perasmian sambutan Hari Peneroka Felda 2020 Peringkat Kebangsaan di MRSM Felda, Kampus Tun Abdul Razak di Sungkai hari ini. - Foto Bernama
A
A

SUNGKAI - Felda Sahabat 3, Sabah muncul pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2020 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda Kampus Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Kemenangan itu membolehkan tanah rancangan berkenaan membawa pulang hadiah utama wang tunai sebanyak RM300,000 yang disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Peneroka, Midon Bahoi berkata, kemenangan itu adalah bukti persepakatan warga peneroka di situ yang berjaya mengurus kebersihan, keceriaan dan keindahan kawasan kampung Felda dengan baik.

Midon Bahoi
Midon Bahoi

"Ini merupakan pencalonan keempat kami dalam anugerah ini.

"Sebelum ini hanya tersenarai sebagai finalis, sudah tentu pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk kami berusaha menjadikan tanah rancangan ini sebagai komuniti contoh luar bandar," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, wang kemenangan RM300,000 itu akan diagihkan kepada semua keluarga peneroka dan sebahagiannya diperuntukkan bagi kelangsungan projek Felda.

Felda Sahabat 3 memulakan pengambilan peneroka pada 1989 dan sehingga kini terdapat 188 peneroka dengan hasil utama kelapa sawit.

Felda Sahabat 3 turut dibangunkan sebagai agro pelancongan dengan tarikan sarang burung walid, ternakan lembu, tanaman kelapa matag dan buah naga.

Tempat kedua AKKF menjadi milik Felda Adela, Johor dan Felda Raja Alias Empat, Negeri Sembilan di tempat ketiga masing-masing membawa pulang hadiah bernilai RM200,000 dan RM100,000.

Senarai pemenang Sambutan Hari Peneroka Felda 2020:

Anugerah Keceriaan Kampung Felda AKKF

1. Felda Sahabat 3, Sabah (RM300,000)

2. Felda Adela, Johor (RM200,000)

3. Felda Raja Alias Empat, Negeri Sembilan (RM100,000)

Pencapaian Peningkatan Hasil Sawit Tertinggi Tahun 2019: Felda Serting Hilir Tiga, Negeri Sembilan (RM10,000)

Pencapaian Peningkatan Hasil Getah Tertinggi Tahun 2019: Felda Kepis, Negeri Sembilan (RM10,000)

Anugerah Usahawan Jaya Felda Tahun 2019: Mustapa Ab Ilah, peneroka Felda Bukit Bading, Wilayah Terengganu (RM10,000)


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf