39 ditahan sertai parti liar

Sebahagian individu yang berusia di antara 20 hingga 43 tahun ditahan ketika menyertai parti liar di sebuah vila di Pulau Sebang, di sini awal pagi tadi.
Sebahagian individu yang berusia di antara 20 hingga 43 tahun ditahan ketika menyertai parti liar di sebuah vila di Pulau Sebang, di sini awal pagi tadi.
A
A
A

ALOR GAJAH - Keseronokan 37 individu termasuk enam wanita berhibur dipercayai sambil mengambil bahan terlarang berakhir apabila mereka diserbu polis dalam operasi di sebuah vila di Pulau Sebang di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 12.50 pagi, kesemua individu berusia 20 hingga 43 tahun termasuk tiga wanita warganegara Indonesia yang sedang berhibur ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Alor Gajah menerusi Op Tapis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan, Arshad Abu berkata, polis merampas 14 biji pil ecstasy anggaran 5.62 gram dan satu botol plastik disyaki berisi dadah jenis ketamin dengan berat kasar 4.40 gram manakala pemeriksaan lanjut menjumpai sebuah beg silang yang di dalamnya terdapat kotak rokok yang mengandungi satu plastik lut sinar berisi dua biji pil ecstasy dengan anggaran 0.94gram.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah dipercayai methamphetamine.

"Mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

"Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan dihadapkan di Mahkamah Majistret Alor Gajah bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah esok," katanya.

Tambahnya, mereka turut dikompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut Seksyen 6 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya.

Artikel Berkaitan: