X

Kindly register in order to view this article
!

Tinggal lebih 20 guni daun ketum dalam kenderaan

PGA merampas daun ketum seberat 1,050 kilogram bernilai RM31,500 dalam operasi di Padang Besar, Perlis, Rabu lalu.
A
A

PADANG BESAR - Pihak berkuasa menemukan lebih 20 guni berisi daun ketum dianggar bernilai sekitar RM31,500 dalam sebuah kenderaan yang ditinggalkan tanpa pemandu di sini, pada Rabu lalu.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, pacuan empat roda jenis Mitsubishi itu ditemui kira-kira jam 3 petang dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan Batalion 3 PGA.

"Pemeriksaan di dalam kenderaan itu kemudian menemui 28 guni mengandungi daun ketum seberat 1,050 kilogram.

"Dianggarkan nilai daun ketum tersebut adalah RM31,500 dan dipercayai untuk diseludup ke negara jiran," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, daun ketum serta pacuan empat roda berkenaan disita dan dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, dalam kes berlainan, empat pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang wanita ditahan di kawasan berhampiran hutan simpan paya bakau, Kuala Perlis, Khamis lalu.

Tambah Abdul Ghani, PATI warga Myanmar berusia 29 hingga 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.20 pagi hasil maklumat dan risikan.

"Pemeriksaan mendapati dokumen perjalanan PATI terbabit telah tamat tempoh pada tahun lepas. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf