X

Kindly register in order to view this article
!

'Tiada rundingan dengan Liverpool'

Thiago Alcantara
A
A

GERGASI Jerman, Bayern Munich menafikan berunding dengan Liverpool untuk menjual pemain tengahnya, Thiago Alcantara ke kelab itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata, Liverpool tidak pernah menghubungi pengurusan kelab untuk berbincang mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu.

“Kami tidak pernah berhubung dengan Liverpool. Jika mereka mahukan Alcantara, jadi mereka perlu menghubungi kami. Tetapi, saya mahu tegaskan bahawa kami tidak mahu kehilangan pemain secara percuma," katanya.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Liverpool hampir menandatangani Alcantara daripada kelab Bundesliga itu bagi memperkuatkan cabaran menghadapi saingan liga musim depan.

Dalam masa sama, Rummenigge mengakui Alcantara tidak mahu terus bersama Bayern dan inginkan cabaran baharu dalam kariernya apabila kontraknya tamat pada musim panas ini.

"Kami memang menawarkan kontrak baharu kepadanya, tetapi dia seperti tidak berminat. Dia merupakan pemain penting di atas padang.

"Situasi sangat jelas bahawa dia mahu keluar dan mencari pasukan baharu. Kami tidak akan menghalangnya," katanya.

Rummenigge turut mengesahkan Bayern kemungkinan akan kehilangan seorang lagi pemain bintang selepas kontrak David Alaba tamat pada musim panas nanti.

"Kedua-dua mereka (Alcantara dan Alaba) pemain harapan kami. Kami perlu mencari jalan untuk mendapatkan pemain baharu yang kena dengan kewangan pasukan selepas membeli Leroy Sane.

"Kami sedang cuba memujuk Alaba untuk kekal dan kami mengharapkan ia akan berhasil," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus