Nelayan serah lelaki terjun jambatan kepada polis

Mangsa kemudiannya diselamatkan nelayan berhampiran.
Mangsa kemudiannya diselamatkan nelayan berhampiran.
A
A
A

BATU MAUNG - Suasana di sekitar Jambatan Kedua Pulau Pinang gempar apabila seorang lelaki bertindak luar dugaan terjun di Kilometer 12.2 Jambatan Kedua Pulau Pinang pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 9.07 pagi tadi.

"Mangsa kemudiannya diselamatkan oleh nelayan berhampiran dan dibawa ke Jeti Batu Musang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi kemudiannya ditamatkan kira-kira jam 10.07 pagi," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan AA Anbalagan berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bergaduh dengan isterinya.

"Siasatan mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa dan isteri, kemudiannya isteri mangsa telah meminta supaya diceraikan.

"Mangsa mengalami depresi dan nekad untuk cuba bunuh diri dengan terjun jambatan," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dapat diselamatkan dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan," katanya.