X

Kindly register in order to view this article
!

Paul Yong kekal bebas, tak ikut ADUN Buntong

Paul Yong (tiga dari kanan) meninjau Projek Pembangunan Infrastruktur di SJKC Siputeh, hari ini.
A
A

BATU GAJAH - Bekas Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong menegaskan beliau akan kekal bebas selepas rakannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A Sivasubramaniam menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Beliau yang juga bekas ahli DAP dan ADUN Tronoh mengakui ada beberapa parti yang menjemputnya untuk menyertai mereka namun, ditolak.

“Sebenarnya semua parti ada panggil untuk sertai mereka dan perkara ini tidak salah pun. Selepas keluar DAP, saya tidak masuk mana-mana parti kerana saya tetap kekal sebagai bebas.

“Sekarang ini saya menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan kerajaan sekarang (Perikatan Nasional),” katanya.

Paul Yong berkata demikian ketika ditemui pada Program Tinjauan Projek Pembangunan Infrastruktur di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Siputeh di sini hari ini.

Ditanya mengenai karier politiknya terutama pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, Choo Kiong menyerahkan kepada takdir.

“Sama ada saya akan terus berkecimpung dalam politik atau tidak, terpulang kepada Tuhan. Esok apa akan jadi pun kita tidak tahu.

“Apa yang pasti, saya akan meneruskan tugas saya sebagai ADUN Tronoh pada baki penggal ini,” katanya.

Pada Mac lalu, Paul Yong bersama Subramaniam dan ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mengumumkan keluar parti dan menjadi bebas susulan pembentukan kerajaan PN di Perak.

Bagaimanapun, hanya Subramaniam mengambil keputusan menyertai Gerakan pada 26 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas ADUN DAP masuk Gerakan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!