X

Kindly register in order to view this article
!

DRB-HICOM Berhad bantu 40 keluarga asnaf

Wakil DRB-Hicom menyerahkan bantuan Aidilfitri kepada salah seorang penerima di Taman Puchong Perdana.
A
A

SHAH ALAM - Meskipun Aidilfitri telah berlalu, namun DRB-HICOM Berhad tetap menyampaikan sumbangan Aidilfitri yang telah dirancang sebelum ini kepada 40 keluarga asnaf di kawasan Taman Puchong Perdana.

Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-HICOM, Mahmood Abd Razak berkata, sumbangan berkenaan lewat diserahkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan sebelum hari raya lalu.

"Sumbangan berupa barangan keperluan asas dan baucar makanan yang sepatutnya diserahkan sebelum Hari Raya Aidilfiri pada Mei lalu telah dianjak ke 29 Jun 2020 bagi mematuhi PKP tersebut.

"Komuniti asnaf adalah antara kumpulan yang paling terjejas akibat daripada penularan wabak Covid-19," katanya.

Menurutnya, DRB-HICOM telah bekerjasama dengan kariah Masjid As-Salam di Puchong Perdana untuk memastikan sumbangan tersebut disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak.

"Penerima sumbangan adalah mereka yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor dan amat memerlukan bantuan," katanya.

Katanya, sebelum bermulanya misi bantuan ini, 13 sukarelawan Sahabat DRB-HICOM telah mengunjungi pasar raya berdekatan untuk membeli barangan keperluan untuk setiap keluarga asnaf tersebut.

"Bagi memastikan setiap keluarga menerima barangan yang amat diperlukan, sukarelawan Sahabat DRB-HICOM telah menghubungi ketua keluarga setiap penerima," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!