X

Kindly register in order to view this article
!

Cubaan seludup rokok RM21.07 juta di Pelabuhan Klang tumpas

Johari (tiga dari kiri) menunjukkan antara rampasan rokok yang dirampas dalam serbuan di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, 25 Jun lalu.
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup 30.1 juta batang rokok bernilai RM21.07 juta termasuk nilai duti selepas menahan tiga buah kontena di Pelabuhan Utara.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah berkata, ketika operasi pada jam 11.30 pagi, 25 Jun lalu, sepasukan Unit Siasatan Dalaman (USD) JKDM menemui rokok tiga jenama popular ketika memeriksa kontena berkenaan.

Beliau berkata, sindiket penyeludupan mengikrarkan barang berkenaan sebagai 'hubble plate' dan 'mechanical stent'.

"Susulan itu, kita menahan dua lelaki selain menyiasat seorang ejen kastam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di Wisma Kastam di sini hari ini.

Menurut Johari, pihaknya percaya rokok terbabit dibawa masuk dari China sebelum dipasarkan di pasaran tempatan.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengesan beberapa individu lain yang dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

Tambahnya, orang ramai digesa membantu kastam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain. Sebarang maklumat boleh hubungi di Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf