Tiga rumah di Kampung Melayu Pandan terbakar

Anggota bomba memadamkan kebakaran di tiga buah rumah di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru awal pagi ini.
Anggota bomba memadamkan kebakaran di tiga buah rumah di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru awal pagi ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga buah rumah sederet di Jalan Bilal, Kampung Melayu Pandan di sini musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.17 pagi itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku kerana semua penghuninya sempat menyelamatkan diri.

Seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dibantu BBP Tebrau dan BBP Larkin dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Tahrin Saat berkata, mereka dibantu dua jentera Fire Rescue Team (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah lori tangki air.

"Kebakaran melibatkan tiga unit rumah jenis sementara yang berkeluasan 15x30 kaki setiap satu unit.

"Kebakaran telah memusnahkan 60 peratus daripada keseluruhan tiga unit rumah tersebut dan kesan kebakaran turut menyebabkan kemusnahan lima peratus pada tiga unit rumah yang berdekatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera FRT dan lori tangki serta pili bomba yang berhampiran.

"Operasi ditamatkan pada jam 6:30 pagi sementara punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: