X

Kindly register in order to view this article
!

DAP tak perlu meracau dengan penahanan Jeffrey Chew

Nazir Hussin Akhtar Hussin
A
A

SHAH ALAM - DAP tidak perlu meracau atau kelam kabut dengan penahanan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew Gim Eam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, penahanan itu masih di peringkat siasatan berhubung kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sehubungan itu, katanya, DAP tidak perlu panik dan melatah sekiranya yakin bekas Timbalan Bendahari DAP Pulau Pinang itu tidak bersalah.

"Ramai sudah pemimpin lain termasuk pemimpin tertinggi UMNO yang kena siasat dan semuanya profesional.

"Sepatutnya DAP juga bertindak profesional dengan memberikan kerjasama kepada pihak SPRM," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN - Jeffrey Chew direman kes terowong dasar laut

Nazir Hussin berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan DAP yang meminta ahli dan penyokongnya untuk mengadakan satu himpunan solidariti bagi mempertahankan Jeffrey Chew.

Jeffrey Chew yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di Georgetown pada jam 2 petang semalam untuk membantu siasatan.

Difahamkan SPRM menyiasat kes terowong itu selepas mendapat bukti baharu dan susulan itu ramai saksi susah dipanggil termasuk Jeffrey Chew selain individu dari pejabat kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk direkod percakapan.

Pada 4 Mac lalu, SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang di mana kertas siasatan pertama dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi dibuka pada Januari 2018.

Sementara itu, Nazir Hussin meminta Majistret yang mengendalikan kes Jeffrey Chew agar tidak tunduk kepada tekanan daripada DAP.

"Majistret tidak boleh membuatkan rakyat rasa gelisah dengan memberi layanan istimewa kepada DAP. Tiada siapa boleh dilayan sebegitu istimewa. Diharap perintah tahanan reman penuh dikenakan supaya siasatan dapat dilengkapkan dengan benar-benar telus.

"Saya meminta SPRM supaya tidak menjalankan siasatan terpilih. Tidak adil untuk rakyat Malaysia sekiranya ada siasatan yang terpilih," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf