X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Kaedah pelaksanaan ibadah korban di NS dikaji

Razali Ab Malik
A
A

SEREMBAN - Jabatan Veterinar dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan sedang mengkaji kaedah lebih terperinci termasuk keperluan pendaftaran bagi melaksanakan ibadah korban pada sambutan Aidiladha akhir bulan ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, ia bertujuan mengelakkan berlakunya keadaan sesak dan bagi membendung penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

“Kami di peringkat kerajaan negeri mengikut apa yang telah diputuskan di peringkat kerajaan Persekutuan yang telah membenarkan beberapa majlis sosial diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Di Negeri Sembilan, ibadah korban boleh diadakan di masjid, surau serta beberapa tempat yang dibenarkan.

"Untuk majlis akikah, kapasiti hadirin tidak lebih 250 orang,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Razali berkata, sekiranya jumlah ternakan korban terlalu banyak, dicadangkan ia dilakukan secara berperingkat-peringkat dan agihan daging korban diserah kepada penerima tanpa perlu mereka hadir ke lokasi. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!