X

Kindly register in order to view this article
!

'Anwar, lupakan sahajalah PH...'

Mohd Amar - Foto Reuters
A
A

KOTA BHARU - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya melupakan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga habis penggal ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ia perlu memandangkan Ahli Parlimen Port Dickson itu dilihat tidak mempunyai masa depan yang cerah sekiranya terus bersama PH.

Malah, katanya, PH gagal untuk melaksanakan apa yang perlu dilakukan termasuk kesepakatan dalam mencalonkan nama Perdana Menteri dalam kalangan pakatan itu.

"Nak selesaikan isu siapa bakal jadi Perdana Menteri pun dia tidak boleh, macam mana nak jadi kerajaan. Sebab itu saya kata lebih baik Anwar lupakan PH. Tidak perlu masuk PN tapi beri sokongan kepada Muhyiddin.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar bakal sokong Muhyiddin?

Anwar nafi merencanakan sesuatu dengan watak 'pengkhianat'

"Selepas itu, bila tiba Pilihan Raya Umum (PRU), maka bertandinglah. Kalau dia menang, dia jadilah Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Mohd Amar berkata, Anwar juga dilihat tidak diperlukan lagi dalam PH dan antara buktinya ialah apabila namanya tidak tersenarai sebagai Perdana Menteri yang sering menjadi bualan sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, pelbagai alasan Dr Mahathir untuk tidak memberikan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebelum ini juga merupakan isyarat halus yang mengukuhkan lagi dakwaan tersebut.

"Kalau Anwar masih dalam PH tapi tetap mahu jadi Perdana Menteri, maka tinggal harapanlah. Seperti filem dulu-dulu 'Tiada Esok Bagimu'. Harapnya dia dengarlah nasihat saya ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!