Fahmi nafi PKR tawar KJ jawatan Timbalan Presiden parti

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Fahmi Zainol menafikan PKR menawarkan jawatan Timbalan Presiden parti kepada bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, zaman sekarang terlampau banyak sindiket penipuan dengan pelbagai taktik untuk meraih perhatian masyarakat.

"Scam zaman moden macam-macam jenis," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.

Beliau berkata demikian merujuk kepada surat rasmi yang tersebar di media sosial.

Surat tersebut kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR pada Isnin, yang menawarkan bekas Menteri Kesihatan berkenaan untuk menyertai PKR termasuk memberikan jawatan Timbalan Presiden parti secara lantikan.

Dalam kandungan berkenaan juga meminta Khairy untuk memberi jawapan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat itu dikeluarkan.