Real Madrid boleh lupakan Salah

Mohamed Salah
Mohamed Salah
A
A
A

GERGASI La Liga, Real Madrid mungkin boleh melupakan niat untuk mendapatkan bintang Liverpool, Mohamed Salah selepas pemain kelahiran Mesir itu memberikan bayangan akan terus kekal bersama The Reds.

Menurut Salah, dia gembira berada di Anfield dan tidak melihat sebarang kemungkinan untuk meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

"Sangat bagus untuk menjaringkan gol dan membantu pasukan menang setiap perlawanan. Jadi, saya rasa sangat gembira berada di sini dengan apa yang kami lakukan membuahkan hasil," katanya.

Sebelum ini, Real dilaporkan sedia berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat Salah bagi memperkuatkan pasukan musim depan.

Pasukan Sepanyol itu juga dikatakan sedia menebus kontrak Salah bersama Liverpool yang masih berbaki tiga tahun dan bakal berakhir pada 2023.

Untuk rekod, Salah telah menjaringkan 92 gol daripada 145 penampilan bersama Liverpool dan ia faktor jelas mengapa pemain berusia 28 tahun itu diburu banyak kelab gergasi dunia termasuk Real.

Dalam pada itu, Salah mengakui teruja berjaya membantu Liverpool menamatkan kemarau 30 tahun untuk menjulang trofi EPL.

“Ia sesuatu yang sukar digambarkan untuk memenangi trofi tersebut selepas sekian lama.Saya tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata. Ketika saya datang ke Liverpool, saya berazam untuk memenangi EPL. Ia perkara pertama yang muncul dalam kepala saya.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi, kini saya dah memenangi EPL dan juga Liga Juara-Juara. Ada orang tanya kejuaraan mana yang saya mahu pilih. Saya boleh katakan sekarang bahawa saya pilih kedua-duanya.

"Untuk semua penyokong seluruh dunia, tanpa sokongan anda, kami tidak akan dapat lakukannya. Mereka (penyokong) melakukan kerja yang bagus, begitu juga pemain. Ia perasaan yang sangat hebat," katanya.