Suspek kegiatan pecah rumah ditahan

Suprintendan Tok Beng Yeow
Suprintendan Tok Beng Yeow
A
A
A

KULAI - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan melarikan kenderaan di sekitar daerah itu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Suprintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan dalam sebuah bengkel di Kampung Melayu Bukit Batu, Sedenak di sini, kira-kira jam 7.30 malam.

Menurutnya, ketika tangkapan, polis turut menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan bagi tujuan pecah rumah.

"Pemeriksaan dalam bengkel tersebut turut menemui sebilah parang panjang berukuran 44 sentimeter, sebilah kuku kambing, sebilah pemotong besi, tiga buah telefon bimbit pelbagai jenama dan empat unit alat kawalan jauh motokar.

"Kita juga menemui sebuah kereta jenis Honda Civic FD menggunakan nombor pendaftaran palsu yang juga bersabit kes kecurian di Kulai," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beng Yeow berkata, polis juga berjaya mendapatkan pengakuan suspek berhubung penglibatannya dalam jenayah pecah rumah.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenalpasti penglibatan suspek dalam jenayah itu di daerah dan kawasan lain.

"Suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Daerah Kulai dan akan dibawa ke mahkamah Majistret Kulai untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan: