X

Kindly register in order to view this article
!

Tragedi bot karam: Ahli Parlimen Pasir Mas beri sumbangan RM1,000

Ahmad Fadhli (kanan) ketika turun padang ke jeti Kuala Kemasin di sini hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Empat keluarga mangsa yang maut dalam kejadian bot karam di perairan Kemasin diberi bantuan awal sebanyak RM1,000 dalam tempoh terdekat.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya berharap operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipermudahkan supaya dapat diselesaikan sebaik mungkin.

"Apa pun kita mengharapkan semoga misi mencari dan menyelamat dapat dilakukan sebaik mungkin. Kepada keluarga yang terlibat, panjatkan doa dan lakukan solat hajat kepada ALLAH SWT semoga urusan SAR dipermudahkan.

"Saya juga mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan berharap mereka semua tabah menghadapi ujian ini," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, beliau mengiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika turun padang ke jeti Kuala Kemasin di sini hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus