Bot karam, 17 kanak-kanak terkorban

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
KANO - Sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak maut apabila bot yang mereka naiki terbalik di Sungai Dandeji di Nigeri pada Selasa, lapor Anadolu.

Pegawai kerajaan negeri, Aluyu Dantani berkata, ketika kejadian bot yang dinaiki kira-kira 40 kanak-kanak perempuan dan lelaki itu dalam perjalanan untuk mengambil kayu api, aktiviti tradisi kanak-kanak di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, sebahagian daripada penumpang berenang ke tempat selamat dan usaha mencari yang lain sedang dijalankan.

Agensi Pengurusan Kecemasan (NEMA) masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu.

Kejadian serupa pernah berlaku pada 13 April 2022 di kampung Gidan Magana di Kawasan Kerajaan Tempatan Shagari yang meragut 29 nyawa kebanyakannya remaja. - Bernama