Batu nisan, makam dicat pelbagai warna

Tular tanah perkuburan warna-warni menarik perhatian ramai.
Tular tanah perkuburan warna-warni menarik perhatian ramai.
A
A
A

JAWA TIMUR - Tanah perkuburan yang terletak di Kota Madiun, Jawa Timur, kini bertukar wajah setelah batu nisan dan makam dicat pelbagai warna iaitu merah, hijau, kuning dan biru.

Kawasan tersebut juga dihiasi pokok-pokok bunga yang menambah keindahannya, lapor Kompas.

Bunga dengan pelbagai jenis telah ditanam di sepanjang pintu masuk tanah perkuburan jauh berbeza dari sebelumnya disifatkan suram dan seram.

Bukan itu sahaja, pagar kubur dicat dengan corak bunga yang setara dengan warna bunga yang ditanam di kawasan kubur.

Pengurusan tanah perkuburan, Gunawan, mengatakan idea untuk mengecat kawasan kubur itu bermula ketika pentadbiran bandar Madiun menganjurkan pertandingan kebersihan.

Penduduk dan waris kemudian bersetuju untuk menceriakan kubur tersebut dengan pelbagai warna.

"Ia bertujuan supaya kawasan perkuburan ini tidak kelihatan menakutkan.

"Dan tanah perkuburan ini juga mendapat tempat pertama peringkat daerah," jelas Gunawan.

Artikel Berkaitan:

Katanya kerja-kerja pembersihan mengambil masa sebulan dan peruntukan 50 liter cat.

Setelah tular gambar tanah perkuburan itu di media sosial, setiap hari kawasan tersebut menjadi tumpuan masyarakat dan waris merakam gambar sebagai kenangan.

Sehingga kini, tanah perkuburan itu menjadi bualan hangat netizen yang menyifatkan ia sesuatu luar biasa.