Warga emas OKU jatuh perigi diselamatkan

Warga emas OKU terjatuh ke dalam perigi di Kampar di sini hari ini. -Foto: JBPM Perak
Warga emas OKU terjatuh ke dalam perigi di Kampar di sini hari ini. -Foto: JBPM Perak
A
A
A

KAMPAR - Bomba berjaya menyelamatkan warga emas lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) yang terjatuh ke dalam perigi di Kampung Malim Nawar Tin di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai P Ramasamy,71, ditemukan dalam perigi sedalam lebih tiga meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, seramai 10 anggota diketuai Zulkarnain Ahmad bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.27 pagi.

“Anggota meneruskan operasi menaikkan mangsa dengan menggunakan hos kecil yang diikat dengan kaedah ‘loop’.

“Anggota bertindak menarik mangsa hingga berjaya dibawa naik dengan selamat,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan ringan dengan luka-luka kecil sebelum operasi ditamatkan 30 minit kemudian.

Artikel Berkaitan: