X

Kindly register in order to view this article
!

Lanjut moratorium kepada pemohon sahaja

Gambar hiasan. Foto: 123RF
A
A

SHAH ALAM – Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia menyokong cadangan agar pihak bank menawarkan pilihan lanjutan tempoh moratorium pembayaran pinjaman bank kepada semua pengguna tetapi pelaksanaannya hanya kepada mereka yang memilih untuk berbuat demikian.

Presidennya, Darshan Singh berkata, cadangan tersebut dilihat bertepatan memandangkan keadaan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya.

“Masih ramai lagi belum mencapai tahap pendapatan seperti sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Ia juga dilihat akan membantu kedua belah pihak kerana pihak bank juga boleh mengawal kadar ‘non performing loan’,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bank tentukan lanjutan moratorium: Tengku Zafrul

Terdahulu, pihak kerajaan menyerahkan kepada institusi perbankan sama ada untuk melanjutkan tempoh moratorium yang bakal berakhir September depan ataupun sebaliknya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemberian moratorium secara automatik yang diumumkan Bank Negara pada 1 April lalu merupakan inisiatif pihak bank dalam membantu pelanggan mereka yang terjejas akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Darshan Singh
Darshan Singh

Menurutnya, pihak Kementerian Kewangan juga mendapat banyak permintaan agar tempoh enam bulan moratorium itu dapat dilanjutkan khususnya dalam kalangan mereka yang masih memerlukan tempoh masa bagi membayar balik pinjaman.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak kerajaan perlu tampil mengarahkan pihak industri perbankan melakukan yang terbaik untuk peminjam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus