X

Kindly register in order to view this article
!

Pilih Shafie calon PM pudarkan peluang Anwar

Haniza Talha
A
A

IPOH - Pemilihan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah memudarkan peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haniza Talha berkata, pemilihan itu akan menyukarkan laluan Presiden PKR untuk merealisasikan cita-citanya bagi penggal ini.

Menurutnya, isu memegang jawatan tertinggi negara yang tidak berkesudahan itu lama kelamaan akan menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan anggota parti.

“Saya juga berasakan karier politik Anwar akan pudar sebab isu yang dibangkitkan hanyalah bila nak jadi Perdana Menteri sedangkan ada perkara lain yang lebih penting.

“Ini akan membuatkan ramai anggota parti berasa kecewa kerana sebagai sebuah parti reformasi, fokus adalah berkaitan ‘reform’ dan bukannya jawatan. Mereka perlu sedar kerana perkara ini telah menghakis sokongan kepada mereka dan buatkan ahli lama berasa kecewa,” katanya.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai pemilihan Mohd Shafie sebagai calon Perdana Menteri pada pelancaran Nation of Women (NOW) Perak di Meru Raya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M mahu Shafie Apdal jadi PM

Anwar, Mukhriz TPM sekiranya Shafie calon PM: Tun M

Calon baharu PM perlu dibincang di peringkat kepimpinan Pusat PH

Haniza yang ketika ini digantung keahliannya dalam PKR menasihatkan kepimpinan PH untuk kembali fokus isu berkaitan kepentingan rakyat.

“Fokuskan kepada rakyat daripada dilihat sebagai pemimpin hanya tahu merebut jawatan. Saya nampak daripada pertemuan dengan rakyat mendapati mereka sudah muak dengan pertelingkahan siapa Perdana Menteri dan calon Perdana Menteri.

“Saya rasa hentikanlah, kita fokus kepada perkara utama iaitu rakyat tambahan kesan ekonomi kepada rakyat selepas pandemik ini sangat serius. Siapa yang akan menjadi Perdana Menteri itu juga akan diputuskan oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Katanya, PH perlu menerima hakikat dan meneruskan perjuangan dengan terus bersama rakyat.

“Untuk penggal ini, peluang untuk menjadi Perdana Menteri dalam kalangan PH itu sudah tidak ada lagi.

“Jadi, terima hakikat itu. Jangan asyik lihat perkara yang lepas kerana itu tidak boleh mengubah apa yang berlaku. ‘We should learn our mistake and move on’,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!