CEO juara Liga Serbia positif Covid-19

Terzic disahkan positif Covid-19 selepas menyaksikan perlawanan kelab gergasi liga Serbia itu.
Terzic disahkan positif Covid-19 selepas menyaksikan perlawanan kelab gergasi liga Serbia itu.
A
A
A

KETUA Pegawai Eksekutif Red Star Belgrade, Zvezdan Terzic disahkan positif koronavirus (Covid-19) beberapa hari selepas menyaksikan aksi juara Liga Serbia itu dalam satu perlawanan di hadapan puluhan ribu penyokong kelab berkenaan.

"Saya disahkan negatif sebelum perlawanan meraikan kejuaraan itu tetapi dua hari kemudian saya mengalami demam dan ujian semalam mendapati saya positif Covid-19,” kata Terzic dalam satu kenyataan.

Lima pemain Red Star Belgrade sebelum itu juga disahkan positif Covid-19 selepas perlawanan meraikan kejuaraan berkenaan dan separuh akhir Piala Liga menentang Partizan Belgrade.

Pada Mei lalu, pihak berkuasa kesihatan Serbia menarik sejumlah perintah berkurung yang antaranya membenarkan semula perhimpunan dalam jumlah yang besar tanpa mewajibkan penjarakan sosial dan pemakanan pelitup muka.

Serbia beberapa wilayah Balkan lain kini berdepan peningkatan kes Covid-19.

Bintang tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic dan tiga pemain lain sebelum ini juga disahkan Covid-19 setelah beraksi di hadapan ribuan penonton pada acara pertunjukan anjurannya di Belgrade.

Jurulatih Djokovic, Goran Ivanisevic pada Jumaat mengesahkan beliau juga positif Covid-19

Artikel Berkaitan: