PPM gagalkan 'eksport' 3,304 burung murai

Empat lelaki termasuk tiga warga Indonesia ditahan lebih kurang 1.45 pagi tadi.
Empat lelaki termasuk tiga warga Indonesia ditahan lebih kurang 1.45 pagi tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Melaka menggagalkan cubaan membawa keluar kira-kira 3,304 ekor burung murai kampung bernilai RM500,000 di kawasan perairan Pulau Besar, di sini awal pagi tadi.

Timbalan Komander PPM W2, Superintenden Noor Azman Jamal berkata, empat lelaki termasuk tiga warga Indonesia ditahan kira-kira jam 1.45 pagi.

Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 43 hingga 66 tahun itu ditahan oleh anggota polis marin di kawasan perairan Pulau Besar.

Raga berisi kira-kira 3,304 burung murai yang berjaya diselamatkan Polis Marin daripada aktiviti penyeludupan
Raga berisi kira-kira 3,304 burung murai yang berjaya diselamatkan Polis Marin daripada aktiviti penyeludupan

"Pemeriksaan yang dijalankan ke atas bot terbabit menjumpai 188 raga berisi burung murai yang dianggarkan berjumlah RM500,000," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, dua buah bot gentian kaca serta tiga unit enjin sangkut digunakan suspek yang kesemua bernilai RM137,000 turut dirampas.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 13b Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (MAQIS) dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Artikel Berkaitan: